Tuesday 13 September 2011

Islam ,Sultan dan Pelembagaan di Malaysia

Ketua Islam

Sistem di Malaysia menampung segala agama. Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain dibenarkan diamalkan dengan  aman dan damai.

Tidak terdapat ketua agama Islam di Persekutuan. Di negeri yang mempunyai Raja , Banginda ialah ketua agama Islam di negerinya itu. Yang di- Pertuan Agong pula, ialah ketua agama Islam di- negerinya sendiri, di Wilayah Persekutuan dan juga di negeri - negeri yang tidak mempunyai Raja .Peruntukan telah di buat dalam Perlembagan di setiap negeri yang tidak mempunyi Raja, memberi kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong kedudukan ketua negara Islam di negeri berkenaan.

Perlembagan Perseketuan menjamin kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya sendiri " secara dan setakat yang diakui dan di tetapkan oleh perlembagaan negeri dan , tertaluk pada perlembagan itu , segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati oleh Banginda sebagai ketua agama itu, tidak terjejas dan tercabar.." Fasal - fasal ini juga telah di masukan kedalam perlembagaan negeri yang memberi kuasa kepada Raja selaku ketua agama Islam dinegeri sendiri , untuk bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam melaksanakan mana-mana fungsi Baginda sebagai ketua agama Islam.

Oleh yang demikian , pada teorinya , terpulang lah kepada setiap Raja untuk bertindak secara berasingan dalam hal ehwal agama Islam. Walau bagaimanpun , ada sedikit keseragaman dalam undang-undang yang mengawal upacara dan amalan agama dalam Persekutuan . Fasal (2) Perkara 3 . Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

- Dalam apa-apa perbuatan , amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya diperluas ke seluruh Persekutuan , setiap Raja hendaklah,atas sifatnya sebagai ketua agama Islam, membenarkan Yang di- Pertuan Agong mewakili Banginda.-

Rujuk : Sultan & Perlembagaan oleh Muhamad Kamil Awang (DBP)

Bersambung...

Monday 5 September 2011

What's the problem?

Apa masalahnya ?

“Sebanyak mana yang di dapati sebanyak itulah juga yang di belanjakan..”

Setiap orang bekerja mahu  mendapat  gaji atau pendapatan yang lebih, dan berusha keras lagi  untuk  mencapainya . Di negara- negara yang telah  maju, masyarakatnya   telah mencapai tahap  kaya dan kaya- raya, tetapi sebanyak itu juga raayatnya yang tidak berpuas hati dan tidak  gembira menghadapi  kehidupan.

Ini bukan lah  cerita lama.  Terdapat  faktanya  yang di tulis oleh  para penyelidik secara saintifik.  Ada beberapa cara telah digunakan untuk  mengukur tahap kegembiraan seseorang, dan telah dibuktikan, secara  purata  kegembiraan hidup manusia dimasa  lima puluh tahun dahulu  adalah lebih gembira dari manusia  pada masa kini. Tetapi anihnya pada masa yang sama pendapatan purata orang sekarang  berganda -ganda  lebihnya  dari orang pada lima puluh tahun dahulu. Paradok ini terbukti  apa yang sedang berlaku  sama sahaja di Amerika, Britain , Jepun dan negara maju yang lain.

Bukankah kehidupan kita hari ini dikira sudah sangat  mewah ?.  Dengan makanan yang berlebihan , pakaian berlebihan, mempunyi kereta banyak, rumah yang besar, ada penghawa dingin, ,bercuti keluar negara, waktu kerja yang singkat hanya lima  hari seminggu, kerja yang senang dengan bantuan teknologi dan yang paling penting soal  kesihatan yang baik, kesemuanya  ada peningkatan. Walau pun bagitu masih lagi  tidak dapat merasa kegembiraan diri dalam hidupnya . Banyak usaha dari pihak kerajaan , pendidik , guru agama, doktor, pakar motivasi dan ahli perniagan, kadar perangkaan kegembiraan manusia   tidak  menunjukan peningkatan.

Semua peringkat masyarakat seharusnya mengambil berat perihalnya kebinasaan kegembiraan manusia sebagai garis permulaan untuk di bincang dan perlu diperbaiki segera . Kerajaan harus menilai  semula objektifnya untuk direkacipta berkaitan perkara ini,dan setiap kita juga harus befikir semula tentang apa kah sebenarnya matlamat yang dikehendaki  dalam hidup ini.

Yang sebenarnya berlaku , walau pun seseorang itu telah mencapai taraf kehidupan dengan gaji yang mencukupi,tetapi untuk membuat seseorang itu supaya kelihatan gembira bukan lah pekara  mudah. Untuk  membuat seseorang itu berasa gembira kita mesti tahu apakah perkara yang bolih membuat seseorang itu boleh jadi  gembira, ianya perlu di pupuk dan di usahakan terus menerus..

Sekiranya kita mahu menikmati  perasan sangat gembira ,apakah pekara yang seharusnya perlu di buat yang lain dari   kebiasan orang lain buat .Sebenarnya kita tiada mempunyi jawapanya yang pasti . Tetapi  dari perangkaan dan banyak fakta yang ditulis , kerajaan perlu memikirkan semula polisi  cara menilai  semula individu  dan falasafah hidup  secara holistik.

Yang utama  ternyata adalah bukan rasa  gembira itu dari  persepsi  psychology sahaja , tetapi ianya perlu dilihat juga dari segi  ‘neuroscience’, ‘sociology’, ‘economy’ dan ‘philosophy’ . Dengan mengabungkan semua terminologi ini ianya bolih menghasilkan visi baru untuk hidup yang lebih berkualiti, menjadikan masyarakat ceria  gembira dan tidak bertindak membinasakn negara, juga  baik   kearah  sosial dan kerohanian .