Tuesday 13 September 2011

Islam ,Sultan dan Pelembagaan di Malaysia

Ketua Islam

Sistem di Malaysia menampung segala agama. Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain dibenarkan diamalkan dengan  aman dan damai.

Tidak terdapat ketua agama Islam di Persekutuan. Di negeri yang mempunyai Raja , Banginda ialah ketua agama Islam di negerinya itu. Yang di- Pertuan Agong pula, ialah ketua agama Islam di- negerinya sendiri, di Wilayah Persekutuan dan juga di negeri - negeri yang tidak mempunyai Raja .Peruntukan telah di buat dalam Perlembagan di setiap negeri yang tidak mempunyi Raja, memberi kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong kedudukan ketua negara Islam di negeri berkenaan.

Perlembagan Perseketuan menjamin kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya sendiri " secara dan setakat yang diakui dan di tetapkan oleh perlembagaan negeri dan , tertaluk pada perlembagan itu , segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati oleh Banginda sebagai ketua agama itu, tidak terjejas dan tercabar.." Fasal - fasal ini juga telah di masukan kedalam perlembagaan negeri yang memberi kuasa kepada Raja selaku ketua agama Islam dinegeri sendiri , untuk bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam melaksanakan mana-mana fungsi Baginda sebagai ketua agama Islam.

Oleh yang demikian , pada teorinya , terpulang lah kepada setiap Raja untuk bertindak secara berasingan dalam hal ehwal agama Islam. Walau bagaimanpun , ada sedikit keseragaman dalam undang-undang yang mengawal upacara dan amalan agama dalam Persekutuan . Fasal (2) Perkara 3 . Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:

- Dalam apa-apa perbuatan , amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya diperluas ke seluruh Persekutuan , setiap Raja hendaklah,atas sifatnya sebagai ketua agama Islam, membenarkan Yang di- Pertuan Agong mewakili Banginda.-

Rujuk : Sultan & Perlembagaan oleh Muhamad Kamil Awang (DBP)

Bersambung...

Monday 5 September 2011

What's the problem?

Apa masalahnya ?

“Sebanyak mana yang di dapati sebanyak itulah juga yang di belanjakan..”

Setiap orang bekerja mahu  mendapat  gaji atau pendapatan yang lebih, dan berusha keras lagi  untuk  mencapainya . Di negara- negara yang telah  maju, masyarakatnya   telah mencapai tahap  kaya dan kaya- raya, tetapi sebanyak itu juga raayatnya yang tidak berpuas hati dan tidak  gembira menghadapi  kehidupan.

Ini bukan lah  cerita lama.  Terdapat  faktanya  yang di tulis oleh  para penyelidik secara saintifik.  Ada beberapa cara telah digunakan untuk  mengukur tahap kegembiraan seseorang, dan telah dibuktikan, secara  purata  kegembiraan hidup manusia dimasa  lima puluh tahun dahulu  adalah lebih gembira dari manusia  pada masa kini. Tetapi anihnya pada masa yang sama pendapatan purata orang sekarang  berganda -ganda  lebihnya  dari orang pada lima puluh tahun dahulu. Paradok ini terbukti  apa yang sedang berlaku  sama sahaja di Amerika, Britain , Jepun dan negara maju yang lain.

Bukankah kehidupan kita hari ini dikira sudah sangat  mewah ?.  Dengan makanan yang berlebihan , pakaian berlebihan, mempunyi kereta banyak, rumah yang besar, ada penghawa dingin, ,bercuti keluar negara, waktu kerja yang singkat hanya lima  hari seminggu, kerja yang senang dengan bantuan teknologi dan yang paling penting soal  kesihatan yang baik, kesemuanya  ada peningkatan. Walau pun bagitu masih lagi  tidak dapat merasa kegembiraan diri dalam hidupnya . Banyak usaha dari pihak kerajaan , pendidik , guru agama, doktor, pakar motivasi dan ahli perniagan, kadar perangkaan kegembiraan manusia   tidak  menunjukan peningkatan.

Semua peringkat masyarakat seharusnya mengambil berat perihalnya kebinasaan kegembiraan manusia sebagai garis permulaan untuk di bincang dan perlu diperbaiki segera . Kerajaan harus menilai  semula objektifnya untuk direkacipta berkaitan perkara ini,dan setiap kita juga harus befikir semula tentang apa kah sebenarnya matlamat yang dikehendaki  dalam hidup ini.

Yang sebenarnya berlaku , walau pun seseorang itu telah mencapai taraf kehidupan dengan gaji yang mencukupi,tetapi untuk membuat seseorang itu supaya kelihatan gembira bukan lah pekara  mudah. Untuk  membuat seseorang itu berasa gembira kita mesti tahu apakah perkara yang bolih membuat seseorang itu boleh jadi  gembira, ianya perlu di pupuk dan di usahakan terus menerus..

Sekiranya kita mahu menikmati  perasan sangat gembira ,apakah pekara yang seharusnya perlu di buat yang lain dari   kebiasan orang lain buat .Sebenarnya kita tiada mempunyi jawapanya yang pasti . Tetapi  dari perangkaan dan banyak fakta yang ditulis , kerajaan perlu memikirkan semula polisi  cara menilai  semula individu  dan falasafah hidup  secara holistik.

Yang utama  ternyata adalah bukan rasa  gembira itu dari  persepsi  psychology sahaja , tetapi ianya perlu dilihat juga dari segi  ‘neuroscience’, ‘sociology’, ‘economy’ dan ‘philosophy’ . Dengan mengabungkan semua terminologi ini ianya bolih menghasilkan visi baru untuk hidup yang lebih berkualiti, menjadikan masyarakat ceria  gembira dan tidak bertindak membinasakn negara, juga  baik   kearah  sosial dan kerohanian .     


Saturday 27 August 2011

Nikmatinya Kesedihan

 Nikmatnya   kesedihan

Sesuatu insiden  yang menimbulkan kesedihan ianya berlaku  disebabkan pemikiran manusia memang  bertindak begitu.Perasaan dan  jiwa berasa sakit pilu dan membuatkan seseorang itu menjadi sedih dan murung.Untuk mengatasinya cuba fikirkan  lebih dari perasan  itu. ,  Fahamilah kesedihan  adalah sebahgian dari pelengkap  pada kenyataan  hidup didunia yang sememang nya begitu   mahu tak mahu mesti ditempuhi oleh setiap orang. Mengapa perlu kita menjadi risau  dan perlu pening kepala  memikirkan mencari cara untuk  menanganinya  hanya kerana berpendapat    hendak  menemui  jalan hidup yang lebih bermakna, sedangkan lumrahnya kehidupan sememangnya  begitu. Sebaliknya dalam masa berlaku kesedihan lebih elok fikirkan dan cari lah ruang yang  menarik  dalam kesedihan itu dan rasaailah   kenikmatnya. Sudah tentu ianya akan menyeronokan , ,maka  baru lah ternampak jelas   jalan hidup yang bemakna. Setelah memahami metod ini , kesedihan akan menjadi nikmat.


Moral ceritanya :

Seorang anak muda kampung yang tidak mempunyi pekerjaan  telah di paksa  bapanya  pergi kebandar untuk bekerja dengan  pakciknya yang mempunyi kedai jahitan pakaian. . Anak muda itu tidak suka bekerja di kedai jahitan sebab itu bukan minatnya dan  membosankan .

Setelah sebulan bekerja emaknya menalipon.” Hai Mat kata tak minat kerja dengan pakcik kau dikedai jahit tu.., dah sebulan tak ingat mak pon”. Anak muda jawb “ mana tidak nya mak dah jumpa yang menarik nya  !”  Emak “ Apadia?”  Anak  muda “ tiap hari ukur body pompuan ..ha.ha..”. Emak “ gatal dah  anak jantan ku ni ..!”  

Friday 26 August 2011

Cari Pemimpin Sebenar

Sukaimi Sungep Sejak negara telah merdeka, pembangunan pendidikan negara telah menghasilkan ramai raayat Malaysia yang cerdik pandai dan profesional dlm bidang masing2 ,sain ,agama ,sosial , politik dan sbnya ilmunya mukin tinggi melangit ..sedihnya tak jumpalagi pemimpin yang boleh menyatupadukan umah..

Friday 19 August 2011

Social Class

Kelas Sosial
Kelas Sosial adalah peraturan di rancang pada   masyarakat di sesetengah   negara..  Tujuanya dan objektifnya  ada kaitan dengan  sosiologi, sain, politik,ekonomi, antropologi dan sejarah sosial. Di dalam kaedah sosial sain ,ia di bincangkan dan dilihat penyusunan masyarakat secara  berlapis,mengandungi kelas  atasan, pertengahan  dan kelas bawahan. Dan setiap kelas  akan lagi di pecahkan menjadi hingga sekecil mengikut tarafnya.
Asas nya  kelas sosial  ialah perbezaan antara yang  berkuasa dan yang tidak mempunyi kuasa.Gulungan kelas masyarakat yang banyak mempunyi  kuasa ialah dinamakan  “elite”. Secara teori nya  kelompok  yang mempunyi kuasa perlu  menguatkan kedudukan  dari kelas  bawahan didalam hierarki,.bertujuan  untuk menentukan tidak berlaku  keburukan pada masyarakat keseluruhanya.
Penkelasan masyarakat bukanlah hanya disebabkan faktor materialistik  dan kedudukan ekonominya  sahaja. Tetapi juga atas sebab perbezaan status dan kuasa. Kelas sosial yang berunsurkan kemewahan materialistik dilihat berasingan tarafnya dari kelas yang beunsur  status seperti penghormatan, kemegahan, martabat dan taraf keagamanya. 
 Peningkatan gulungan kelas menengah dalam pendidikan,adalah untuk memenuhi perkembangan ekonomi yang berbentuk technology  terutama dalam masyarakat barat modern , perspektif  penglibatan globalisasi dan neokolonial,ia nya  akan mengubah tenaga buruh bertaraf rendah kepada buruh kearah negara maju.
Tranfomasi ini juga wujud  dinegara ketiga. Dengan  itu negara membangun  telah mengurangkan ‘industri primary’ ( pembuatan, pertanian, kayu kayan, perlombongan dan sebagainya.).Dan berubah secara pesat ke arah industri maya , barangan dan perkhidmatan. Konsep kelas sosial telah menjadi komplek  dan mengelirukan untuk di fahami.
Kekeliruan ini bolih mencetuskan salah faham pada masyarakat  yang berbilang bangsa dan agama . Apabila wujud ekonomi yang tidak seimbang olih kalangan kelas menengah sebenar nya bukan lah ia sengaja di atur mengikut perbezaan bangsa dan agama ,tetapi dari pencapaian materialistik ,status dan faktor sejarah.

Sukaimi Sungep
0166892998.
Changkat Jong Perak.

Tuesday 16 August 2011

HALLAN TOYYIBAH

HALALAN TOYYIBA

by Oh! Media on Wednesday, 17 August 2011 at 01:12
Kawan2.. tolonglah alertkan rakan Muslim anda sbb ini urusan dia dgn Allah:
Reply from JAKIM :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)McDonald                         2) A&W                                  3) Secret Recipe

Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal : 1) Victoria Station            2)Kam Lun Tai                  3) Lotus Family Restoran

Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM : 1) San Francisco Steakhouse      2)Chicken Rice shop                      3)Kiwi Express

Bagi minuman rin gan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.
KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya, Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam.Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandun gan .      
Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis   yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.
JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara. Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5.   Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut.

waallahua'lam
Regards,
Rumaisha Baba

Ayam berkokok ekor becalit tahi

Kebebasan atasi prinsip moral ?

Moral dan materialistik  saya rasa bukan penyebab berlaku insiden  tersebut. Tetapi apabila ianya terjadi, manusia telah hilang pengimbangan diri , dalam keaadan keributan,  seolah berhadapan dengan musuh   tidak bolih justify orang itu tidak bermoral. Apa yang difikirkan  ialah “fight or flight”.

Materialistik dan kebebasan  tidak  juga penyebab, tidak bolih disamakan kejadian di Britain pandangan seharusnya unsur metadologi secara berlainan. Faktanya kerajaan telah memenuhi kehendak asas keperluan tersebut. Kalau itu puncanya maka kerajaan kurang merialisasikan nya.

Dalam insiden yang lepas  ramai juga orang yang latar belakangnya bermoral tinggi dan telah mencapai segi materialistik  secara  budaya negara ini. Maka moral bukan lah ianya jadi fakta kuat.

 Menghormati perbezaan pendapat perlu pengorbanan prinsip. Bolihkah hal “intangible”, seperti maruah dan  hukum hakam, halal haram di toleratkan . Yang jelas isu sensitive terjadi selalu berkaitan hal tersebut.

Yang tersirat telah ternyata, apabila ketokohan seseorang  berkelakuan  yang menjejaskan moralnya sendiri, inilah yang dinamakan  “ayam berkokok ekor bercalit tahi”.

Perisa politik itu lah yang sebenarnya menjadi batu api atau cili api, yang menjadikan orang susah, ini yang perlu dipantau dan di ambil tindakan. walahuwalam