Ketua Islam
Sistem di Malaysia menampung segala agama. Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain dibenarkan diamalkan dengan aman dan damai.
Tidak terdapat ketua agama Islam di Persekutuan. Di negeri yang mempunyai Raja , Banginda ialah ketua agama Islam di negerinya itu. Yang di- Pertuan Agong pula, ialah ketua agama Islam di- negerinya sendiri, di Wilayah Persekutuan dan juga di negeri - negeri yang tidak mempunyai Raja .Peruntukan telah di buat dalam Perlembagan di setiap negeri yang tidak mempunyi Raja, memberi kuasa kepada Yang di- Pertuan Agong kedudukan ketua negara Islam di negeri berkenaan.
Perlembagan Perseketuan menjamin kedudukan Raja sebagai ketua agama Islam di negerinya sendiri " secara dan setakat yang diakui dan di tetapkan oleh perlembagaan negeri dan , tertaluk pada perlembagan itu , segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati oleh Banginda sebagai ketua agama itu, tidak terjejas dan tercabar.." Fasal - fasal ini juga telah di masukan kedalam perlembagaan negeri yang memberi kuasa kepada Raja selaku ketua agama Islam dinegeri sendiri , untuk bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam melaksanakan mana-mana fungsi Baginda sebagai ketua agama Islam.
Oleh yang demikian , pada teorinya , terpulang lah kepada setiap Raja untuk bertindak secara berasingan dalam hal ehwal agama Islam. Walau bagaimanpun , ada sedikit keseragaman dalam undang-undang yang mengawal upacara dan amalan agama dalam Persekutuan . Fasal (2) Perkara 3 . Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa:
- Dalam apa-apa perbuatan , amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya diperluas ke seluruh Persekutuan , setiap Raja hendaklah,atas sifatnya sebagai ketua agama Islam, membenarkan Yang di- Pertuan Agong mewakili Banginda.-
Rujuk : Sultan & Perlembagaan oleh Muhamad Kamil Awang (DBP)
Bersambung...
No comments:
Post a Comment