Apa masalahnya ?
“Sebanyak mana yang di dapati sebanyak itulah juga yang di belanjakan..”
Setiap orang bekerja mahu mendapat gaji atau pendapatan yang lebih, dan berusha keras lagi untuk mencapainya . Di negara- negara yang telah maju, masyarakatnya telah mencapai tahap kaya dan kaya- raya, tetapi sebanyak itu juga raayatnya yang tidak berpuas hati dan tidak gembira menghadapi kehidupan.
Ini bukan lah cerita lama. Terdapat faktanya yang di tulis oleh para penyelidik secara saintifik. Ada beberapa cara telah digunakan untuk mengukur tahap kegembiraan seseorang, dan telah dibuktikan, secara purata kegembiraan hidup manusia dimasa lima puluh tahun dahulu adalah lebih gembira dari manusia pada masa kini. Tetapi anihnya pada masa yang sama pendapatan purata orang sekarang berganda -ganda lebihnya dari orang pada lima puluh tahun dahulu. Paradok ini terbukti apa yang sedang berlaku sama sahaja di Amerika, Britain , Jepun dan negara maju yang lain.
Bukankah kehidupan kita hari ini dikira sudah sangat mewah ?. Dengan makanan yang berlebihan , pakaian berlebihan, mempunyi kereta banyak, rumah yang besar, ada penghawa dingin, ,bercuti keluar negara, waktu kerja yang singkat hanya lima hari seminggu, kerja yang senang dengan bantuan teknologi dan yang paling penting soal kesihatan yang baik, kesemuanya ada peningkatan. Walau pun bagitu masih lagi tidak dapat merasa kegembiraan diri dalam hidupnya . Banyak usaha dari pihak kerajaan , pendidik , guru agama, doktor, pakar motivasi dan ahli perniagan, kadar perangkaan kegembiraan manusia tidak menunjukan peningkatan.
Semua peringkat masyarakat seharusnya mengambil berat perihalnya kebinasaan kegembiraan manusia sebagai garis permulaan untuk di bincang dan perlu diperbaiki segera . Kerajaan harus menilai semula objektifnya untuk direkacipta berkaitan perkara ini,dan setiap kita juga harus befikir semula tentang apa kah sebenarnya matlamat yang dikehendaki dalam hidup ini.
Yang sebenarnya berlaku , walau pun seseorang itu telah mencapai taraf kehidupan dengan gaji yang mencukupi,tetapi untuk membuat seseorang itu supaya kelihatan gembira bukan lah pekara mudah. Untuk membuat seseorang itu berasa gembira kita mesti tahu apakah perkara yang bolih membuat seseorang itu boleh jadi gembira, ianya perlu di pupuk dan di usahakan terus menerus..
Sekiranya kita mahu menikmati perasan sangat gembira ,apakah pekara yang seharusnya perlu di buat yang lain dari kebiasan orang lain buat .Sebenarnya kita tiada mempunyi jawapanya yang pasti . Tetapi dari perangkaan dan banyak fakta yang ditulis , kerajaan perlu memikirkan semula polisi cara menilai semula individu dan falasafah hidup secara holistik.
Yang utama ternyata adalah bukan rasa gembira itu dari persepsi psychology sahaja , tetapi ianya perlu dilihat juga dari segi ‘neuroscience’, ‘sociology’, ‘economy’ dan ‘philosophy’ . Dengan mengabungkan semua terminologi ini ianya bolih menghasilkan visi baru untuk hidup yang lebih berkualiti, menjadikan masyarakat ceria gembira dan tidak bertindak membinasakn negara, juga baik kearah sosial dan kerohanian .
No comments:
Post a Comment